Wednesday 20 May 2015

Zalim

zalim
letak sesuatu bukan pada tempat
tindas henyak ragut yang hak
tanpa ada belas ihsan kasihan
lantaran rakus 
lantaran nafsu lebihi akal

zalim pada bayi
dikelar kejam
dihenyak dibaling dihumban
disampahkan 
apalah salah tubuh kecil comel itu?
apa dosanya pada kamu?
atas dasar menutup malu
hilang sungguh manusia kamu

zalim pada ibu
zalim pada bapa
dulu ditatang disayang
dulu dibelai manja
kenapa bila dah besar pilih derhaka?
kenapa diberi cerita perit duka?
kenapa pulang ke rumah beri derita?
kenapa dituba syurga yang mereka bina?

zalim pada mujahidin
bukan sahaja di Syria bukan sahaja di Palestin
umat dizalimi di kanan kiri
tatkala pemuda di sini melagha
yang tertindas di sana angkat batu jadi senjata
apa penghujung nasib mereka?
apa penutup cerita Rohingya?
terpaling penting, apa pula peranan kita?

zalim, menzalimi, dizalimi, kezaliman
jangan jadikan ia satu kelaziman

No comments:

Post a Comment