Friday 6 September 2019

Lembaran baru

bertahun lamanya kubiar laman ini terbiar
berkurun lamanya jari jemari menari di sini
ya, aku bersyukur kerna masih dipinjamkan nyawa
ya, banyak perkara yang berlaku sepanjang kurunnya itu

dulu berempat, sekarang berlima
Alhamdulillah atas kurnia

di lembaran baru ini
kan kucuba mencoret semula 
kan ku gagahkan diri mengikis karat di celah urat
kerna hari ini banyak cerita ingin ku khabarkan
landskap hidup seharian tidak lagi seperti dulu

tapi bukan hari ini
tapi bukan malam ini..

Sunday 22 January 2017

Tiada guna lagi merintih

rintih si abah, emak, ibu dan ayah
apalah mahu dibawa pulang
untuk disuap permata yang sambut mendakap pinggang
apalah mahu diberitahu pada mata2 suci itu
kerna hasil kais mengais mengagah tulang
tidak lagi secukup dulu

rintih si marhain
saban hari dikhabar harga yang tinggi
tak cukup dengan yang itu
tak cukup dengan yang ini
dihambur ditangis segenap media

rintih si pelita
semakin tinggi cabarannya
semakin terbeban galas usangnya
untuk mendidik anak2 milenia
nak ditegur nak diperbetul dilentur
masakan tidak,
adab dan budaya dikikis dibiar berkarat
demi mendukung lagak hidup ufuk barat

rintih yang ini buatku sebak
kerna mereka saban hari dihenyak
saban hari dicincang maruahnya
saban hari bersepai anggotanya
rintih mereka di mana2
Palestin, Syria hatta Rohingya

namun tiada guna merintih
tiada guna dicerita jerih pedi
jika penguasa nampak tapi membuta
jika pemegang janji dengar tapi memekak telinga



Monday 6 July 2015

Sang Belang Pecah Tembelang

Dulu kau Sang Belang
gagah, taringmu tajam
badan mu tegap berbelang2
kau raja pada rimba
kau garang kuasai jelata

Dulu kau Sang Belang
yang lain tunduk bagai si mondok
kerna takut tidak mahu dibaham
ke mana saja kau disanjung
ke mana saja kau dijunjung

Dulu kau juga Sang Belang
hasil kami diratah dicengkam
kau katakan ini hukum rimba
yang kuat mamah yang lemah
kau katakan ini hukum rimba
penentang bangun tersungkur di penjara

Kini kau dah pecah tembelang
satu2 kerja mu terbongkar
seluruh jelata sudah pandai selongkar
mereka tidak buta bahkan tidak pula kurang akal
kini kau panas, takut dan mengeletar

Nasib Sang Belang
taringmu sudah tiada lagi
kuku besimu sudah tumpul
kau tidak ubah umpama Si Comot
yang mengiau2 menagih simpati

Bagaimana kami mahu beri simpati
Sang Belang yang dulu saban waktu susahkan kami
kau buat itu kau buat ini

Si Comot
sudah2 lah mengiau

Sunday 5 July 2015

Selamat Ulang Tahun Cinta

Selamat Ulang Tahun Cinta
kau anugerah teristimewa
yang tiada ganti tiada tolok bandingnya
kau cinta hatiku dari dunia sampai syurga

Selamat Ulang Tahun Kasih
jiwamu budimu suci bersih
dalam kita masih bertatih
dalam kita menulusuri jerih perih
sejuta kalungan terima kasih

Selamat Ulang Tahun Sayang
setiamu kekal dulu hingga sekarang
biar ombak badai monsoon mendatang
kau tetap utuh, umpama tulang belakang
kau tetap di situ pemberi kasih sayang

Selamat Ulang Tahun Mama
tuhan anugerahkan Nawfal untuk kita
sejujurnya ku sungguh gembira
tatkala si putera saban masa beri tawa bahagia
sejujurnya senyumanmu penyejuk jiwa

Selamat Ulang Tahun Cinta
ku doa sungguh2 pada Yang Maha Esa
moga diberi hela nafas untuk rasai bahagia
hidup bersalut cinta
hidup diberi kasih
hidup disaji sayang

Selamat Ulang Tahun adindaku Najma
moga tahun yang bertambah beri semangat
untuk orak langkah kedepan
yakinlah aku kan disisimu
selamanya hingga hujung nyawa sampai syurga



Wednesday 20 May 2015

Zalim

zalim
letak sesuatu bukan pada tempat
tindas henyak ragut yang hak
tanpa ada belas ihsan kasihan
lantaran rakus 
lantaran nafsu lebihi akal

zalim pada bayi
dikelar kejam
dihenyak dibaling dihumban
disampahkan 
apalah salah tubuh kecil comel itu?
apa dosanya pada kamu?
atas dasar menutup malu
hilang sungguh manusia kamu

zalim pada ibu
zalim pada bapa
dulu ditatang disayang
dulu dibelai manja
kenapa bila dah besar pilih derhaka?
kenapa diberi cerita perit duka?
kenapa pulang ke rumah beri derita?
kenapa dituba syurga yang mereka bina?

zalim pada mujahidin
bukan sahaja di Syria bukan sahaja di Palestin
umat dizalimi di kanan kiri
tatkala pemuda di sini melagha
yang tertindas di sana angkat batu jadi senjata
apa penghujung nasib mereka?
apa penutup cerita Rohingya?
terpaling penting, apa pula peranan kita?

zalim, menzalimi, dizalimi, kezaliman
jangan jadikan ia satu kelaziman

Wednesday 13 May 2015

Besar Sudah Anak Papa

Ya
Besar sudah anak papa
Terasa bagai semalam
Kudakap tubuh kecilmu
Pada tika dan saat pertama jengah dunia
Terasa bagai semalam
Kukucup dahi mamamu
Tanda syukur tanda terima kasih
Atas payah jerih perih
Terasa bagai semalam
Azan kulaungkan di sisi telingamu
Air mata syukur basahi pipiku

Itu cerita saat pertama kau jengah dunia

Kini anak papa seorang ini sudah besar
Saban waktu tertawa 
Saban waktu ke sini sana
Saban waktu beri mama dan papa bahagia

Besar sudah anak papa
Nak, sememangnya kau anugerah teristimewa
Nak, sememangnya kau hadiah teristimewa
Tiada apa lagi yang ingin kupinta
Melainkan diberi ruang, nafas dihela
diberi waktu untuk lihat kau membesar
bertatih, bercakap fasih, reti berterima kasih

Besar sudah anak papa.


Friday 13 March 2015

Mulakan langkah dengan Bismillah

Mulakan langkah dengan menyebut Yang Maha Agung
mulakan jalan baru dengan semangat yang jitu
usah dikenang usah disimpati jalan yang dulu
jalan sudah dibuka Dia, mungkin di hujung ada bahagia
siapa tahu, siapa dapat menyangkal rentak Yang Maha Tahu?

Mulakan langkah dengan menyebut nama Allah
moga niat ikhlas untuk berganjak 
berganjak kita sebelum dilanyak
berganjak kita sebelum dihenyak
Allah Maha Pengasih Allah Maha Penyayang
saban kali kita mengadu kisah derita jalan lalu
Dia dengar, Dia Tahu

Sulami langkah dengan syukur pada Allah
ini mungkin hadiah sebuah kesabaran 
jangan alpa, nikmat itu juga satu ujian
jangan leka, jangan bermimpi mendabik dada
tuduklah syukur
patuhlah pada perintah Dia
jaga solat
jaga adab
jaga agama

InshaAllah
dengan izin tuhan
bahagia orang bukan lagi derita kita
bahagia kita dikongsi untuk semua gembira

InshaAllah..