Sunday 14 December 2014

Golongkan kami dibawah Arasy-Mu

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda
yang bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah
di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada
hari itu tidak ada sebarang teduhan selain
bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1)
pemimpin yang adil; (2) pemuda yang terdidik
(dibesarkan) dalam ibadat kebaktian kepada
Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut
rapat dengan masjid; (4) dua orang yang
berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu
dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki
yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi
memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan
berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang
berderma secara bersembunyi sehingga tangan
kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh
tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa
menyebut (mengingati) Allah dimasa
keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah
air matanya.” ”(Riwayat Syaikhan)

Ya Allah
Golongkan kami di bawah Arasy-Mu
Himpunkan kami bersama golongan tujuh ini

Terdiam
Dulu, masa bljar dibngku sekolah tentang golongan tujuh
Kusimpan azam untuk jd salah seorang
Ku belek2 muhasabah
Aku ini yang nombor berapa

Namun kini
Azam semakin luput reput
Lantaran lalai
Lantaran hanyut dibuai
Nauzubillah

Pada pagi yang hening
Tika sejuk dek hujan rahmat lebat sirami bumi
Ku panjatkan doa sungguh2
Moga diberi ruang untuk jadi antara tujuh
Moga diberi petunjuk untuk kembali
Sebelum izrail menjemput pergi
Kudoakan juga kalian semua
Bakal jadi salah seorang darinya
InsyaAllah

Saturday 6 December 2014

Ini khas untuk emak

Ini khas untuk emak
Dari anak bujang seorang
Dari menantu dan cucu pertama
Untuk segala kasih sayang
Untuk segala ceria bahagia

Ini khas untuk emak
Pada ulangtahun yang istimewa ini
Ingin kulafazkan kata rindu
Ingin ku singkap satu2 27 tahun hidupku
Ya, aku budak nakal
Ya, aku terkadang terjal
Tapi pesanmu dan ayah aku ingat
Aku semat dan kujadikan azimat
Sejak kecil lagi kutahu
Betapa besarnya budimu berdua
Betapa sedikitnya baktiku
Lantaran baru usia hingusan
Kucuba, ku tekun dalam pelajaran
Sebab kutahu hanya kejayaan hidup
Hanya senyuman putera puterimu
Sudah memadai untuk kamu berdua

Ini khas untuk emak
Ini juga khusus untuk ayah
Aku doa sungguh2 pada Allah
Moga diberi ruang diberi masa
Untuk berbakti berjasa
Moga dipinjamkan Tuhan
Bahagia yang kekal
Hingga hujung nyawa
Hingga sampai syurga.

Selamat hari lahir
Kami sayang kamu berdua

Wednesday 3 December 2014

Cinta Hati Saya


Ini cinta hati saya
ya, sekarang baru dua
inilah kawan, inilah peneman
tika bangun, jatuh, bangkit dalam kehidupan
ini amanah yang dipertanggungjawabkan Tuhan

Ini cinta hati saya
yang tidak jemu2 beri ceria
untuk hari semalam, hari ini, esok dan lusa
hilai tawa, raut ceria, senyum ketelinga
jadikan tiap saat, tiap nafas cukup sempurna

Ini cinta hati saya
ya, sekarang baru dua
jika diizin, insyaAllah bertambah berkembang
hingga kami di penghujung nyawa

Ini cinta hati saya
moga kasih dan sayang ini
tiket terbaik untuk ke syurga
ini cinta hati saya
moga kekal bahagia senyum dan gembira sentiasa
tiap saat
tiap detik
tiap hela nafas
selagi saya dan mereka masih bernyawa


Tuesday 2 December 2014

Tuhan, pinjamkan aku bahagia

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
pinjamkan aku bahagia
di kala sepi di kala sunyi
selitkan bahagia di kanan kiri
di kala sempit kau luaskan
di kala serabut terikat perut
kau lerai dan mudahkan

Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang
pinjamkanlah aku bahagia
di kala kami meniti hari2 hidup bertiga
moga diberi waktu
untuk berbakti pada ummi, emak dan ayah
untuk bekalkan doa untuk abah
moga terlunas janji
moga terbalas sedikit jasa dan budi

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
pinjamkan aku bahagia
himpunkan aku dikalangan calon syurga
moga aku tertempias dan terikut sama
hidup ini sementara
di sebalik jerih payah hiruk pikuk
ku tahu bahagia sebenar
insyaAllah menanti di sana

Saturday 15 November 2014

Warkah buat seorang karib

Warkah ini buat seorang karib
yang luhur jiwanya
baik hatinya
yang sudah pergi
tinggalkan memori selamanya

Warkah ini buat seorang karib
yang buat aku teringat terbayang
di awal pertemuan
masa senang dan masa kesusahan
kita merangkak, bertatih 
kita jatuh dan bangun biarpun pedih

Warkah ini buat seorang karib
ku kupas satu2 jasa baktimu
pada aku, pada teman2
sepanjang 7-8 tahun perkenalan
kau selalu ada
sangat setia menghulur tangan
kau selalu ada
diwaktu aku dalam kemurungan

Warkah ini buat seorang karib
wahai sang karib
kini kau sudah tiada lagi
kini kau sudah pergi bertemu Ilahi
akan ku khabarkan pada anak2 ku nanti
betapa ayahnya dipinjamkan tuhan seorang karib
yang luhur jiwanya
baik hatinya
yang sudah tiada untuk selamanya

warkah ini khas untuk sahabatku,
Shahrul Azim Bin Mohd Ghazali

Ajim, amanlah engkau di sana
nantikan kami di pintu syurga

Al-fatihah...



Saturday 8 November 2014

Kembali lagi

Aku kembali lagi
Tapi bukan di laman dulu
Ini laman baru
Tidak bermakna laman lama
Terkubur saja begitu

Ini laman baru
Kesinambungan sambungan
Cerita jerit isu di laman dulu

Ini laman baru
Setelah bertahun bersawang
Ya, aku sudah pulang
Moga diberi kuat
Moga tarian jari jemari kali ini
Tepat padat dan ligat.

Tunggu saja coret berikutnya.