Sunday 22 January 2017

Tiada guna lagi merintih

rintih si abah, emak, ibu dan ayah
apalah mahu dibawa pulang
untuk disuap permata yang sambut mendakap pinggang
apalah mahu diberitahu pada mata2 suci itu
kerna hasil kais mengais mengagah tulang
tidak lagi secukup dulu

rintih si marhain
saban hari dikhabar harga yang tinggi
tak cukup dengan yang itu
tak cukup dengan yang ini
dihambur ditangis segenap media

rintih si pelita
semakin tinggi cabarannya
semakin terbeban galas usangnya
untuk mendidik anak2 milenia
nak ditegur nak diperbetul dilentur
masakan tidak,
adab dan budaya dikikis dibiar berkarat
demi mendukung lagak hidup ufuk barat

rintih yang ini buatku sebak
kerna mereka saban hari dihenyak
saban hari dicincang maruahnya
saban hari bersepai anggotanya
rintih mereka di mana2
Palestin, Syria hatta Rohingya

namun tiada guna merintih
tiada guna dicerita jerih pedi
jika penguasa nampak tapi membuta
jika pemegang janji dengar tapi memekak telinga